Wednesday 3 April 2013

~ Mengandung ~

 
 
 
 
Alhamdulillah3! Saya tumpang gembira bila dengar kawan2 dah mengandung. Yang kahwin tahun hujung tahun lepas pun dah mengandung. Yang kahwin sama hari dengan saya pun dah mengandung. Tahniah korang! Mesti seronok bila mengandung kan.. Rezeki saya belum sampai untuk menjadi ibu mengandung..huhu.. Tak pe, saya tunggu rezeki Allah. Allah dah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya. =)

Dalam kegembiraan, saya terfikir ada sahabat saya yang diuji oleh Allah. Kalau saya di tempat dia, mungkin saya tak kuat untuk hadapi. Kitorang kawan baik masa sekolah dulu. Dari form 1 sampai sekarang. Bila terdengar berita tentang dia, Allah! Terkejut sangat sebab dia ada bagitau saya dia nak mengandung dan Alhamdulillah dia mengandung..

Tapiiii.. bila dah disahkan mengandung 5minggu *kalau tak silap,, doktor detect dia mengandung luar rahim. Nauzubillahimzalik. Dia terpaksa operate sebab kandungan tu mungkin merbahaya untuk diri dia. Sedih.. :'( ... Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia tabah dan cepat sembuh.

kawan saya tu ada dalam gambar ney.. =(


Saya pernah terbaca tentang kandungan luar rahim,  merbahaya untuk ibu yang mengandung. Risiko wanita untuk mengalami kehamilan luar rahim ney 1 dalam 100.. Kandungan macam ni tak boleh bertahan lama.. Dia perlu digugurkan sebab boleh mengancam nyawa.. Ya Allah, semoga diri ini dijauhkan dari segala penyakit..

Setakat yang saya tahu, wanita yang berkemungkinan mengandung luar rahim ney ialah mereka yang merokok, yang umur semakin bertambah pun berisiko jugak.  DAN .. sesiapa yang pernah mengandung luar rahim ney akan meningkat dari 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

Macam mana nak tahu mengandung luar rahim?? haaa.. Meh cini nak bagitau satu persatu.. TANDA-TANDA KEHAMILAN LUAR RAHIM..

1) pendarahan faraj yang tidak normal
2)  Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut

So, untuk ibu-ibu mengandung yang rasa-rasa ada tanda di atas ni, silalah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk dapatkan kepastian.  Sebab kalau tiub fallopian tu dah pecah, kite kena bedah tau.. Semoga Allah lingungi kita dan kurniakan zuriat yang solah solehah dan comel comelah.. :P

Semua maklumat tentang kehamilan luar rahim ni, saya baca dekat sini : kehamilan luar rahim
..Kawan2 boleh baca untuk dapatkan maklumat tambahan pasal ni..







0 comments:

Post a Comment