Sunday 28 April 2013

Eh, kenapa tak mengandung lagi?



Selepas mengharungi kehidupan sebagai isteri selama 7 bulan, kawan-kawan selalu tanya kami ( saya dan suami) " bila korang nak dapat anak?". ade jugak yang tanye "eh, tak mengandung lagi ke? .. saya sentap tau dengar soalan tu.. T_T .. nangis guling-guling.. Tambah pula, ada orang lain dah mengandung.. Jangan samakan saya dengan orang yang mengandung tu.. Kisah kami tak sama, cara hidup kami tak sama.. 

Lagi sedih bila ada orang cakap hormon tak stabil la tak subur la.. siapa diorang nak menghukum saya macam tu.. zuupp! terus mengadu kat encik suami.. huhu.. dia cakap apa tau? dia cakap " xpe yang, biar je ape diorang nak cakap, sabar sebab Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita" .. Lalu, mengalirlah sungai dari empangan mata.. sob sob.. Terima kasih abang. You are the best.. :)

Siapa yang tak nak anak kan? Cuma cepat atau lambat je.. Bila dapat cepat, bersyukur sebab anak tu pembawa rezeki tapi kalau lambat? Kita kena la sabar.. Allah lebih mengetahui segalanya. Sabar ye kawan-kawan. Nanti saya mengandung. :p .. Mohon doa dari kalian. 

Saya merancang ke? Saya tak rancang pun. Tapi,, xde rezeki lagi.. Tak semua yang kita nak, kita akan dapat,kan?? .. BUT .. sal anak ney nak dapat jugak! haha. *gatal.. Saya sanggup tunggu.. T_T .. Eh? saya ada cakap sal doa tadi kan?? Nak tau tak doa ape?? .. Okey bakal-bakal ibu.. Jom baca doa ramai-ramai.. *tadah tangan,.. :)

cc : google image..




Dah siap baca doa?? sikit? owh.. nak banyak2 doa ye? .. Saya ada dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang ney.. Saya nak kongsi doa dengan awak-awak semua.. 




Okey kawan-kawan! Semoga kita dapat amalkan doa ney setiap kali selepas solat ye.. InsyaAllah.. dengan izin-Nya, kita akan dapat apa yang kita harapkan.


Comel dia senyum! (ada sifat kebapaan di situ) :)



This entry was posted in

Wednesday 3 April 2013

~ Mengandung ~

 
 
 
 
Alhamdulillah3! Saya tumpang gembira bila dengar kawan2 dah mengandung. Yang kahwin tahun hujung tahun lepas pun dah mengandung. Yang kahwin sama hari dengan saya pun dah mengandung. Tahniah korang! Mesti seronok bila mengandung kan.. Rezeki saya belum sampai untuk menjadi ibu mengandung..huhu.. Tak pe, saya tunggu rezeki Allah. Allah dah aturkan yang terbaik untuk hamba-Nya. =)

Dalam kegembiraan, saya terfikir ada sahabat saya yang diuji oleh Allah. Kalau saya di tempat dia, mungkin saya tak kuat untuk hadapi. Kitorang kawan baik masa sekolah dulu. Dari form 1 sampai sekarang. Bila terdengar berita tentang dia, Allah! Terkejut sangat sebab dia ada bagitau saya dia nak mengandung dan Alhamdulillah dia mengandung..

Tapiiii.. bila dah disahkan mengandung 5minggu *kalau tak silap,, doktor detect dia mengandung luar rahim. Nauzubillahimzalik. Dia terpaksa operate sebab kandungan tu mungkin merbahaya untuk diri dia. Sedih.. :'( ... Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk dia. Semoga dia tabah dan cepat sembuh.

kawan saya tu ada dalam gambar ney.. =(


Saya pernah terbaca tentang kandungan luar rahim,  merbahaya untuk ibu yang mengandung. Risiko wanita untuk mengalami kehamilan luar rahim ney 1 dalam 100.. Kandungan macam ni tak boleh bertahan lama.. Dia perlu digugurkan sebab boleh mengancam nyawa.. Ya Allah, semoga diri ini dijauhkan dari segala penyakit..

Setakat yang saya tahu, wanita yang berkemungkinan mengandung luar rahim ney ialah mereka yang merokok, yang umur semakin bertambah pun berisiko jugak.  DAN .. sesiapa yang pernah mengandung luar rahim ney akan meningkat dari 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

Macam mana nak tahu mengandung luar rahim?? haaa.. Meh cini nak bagitau satu persatu.. TANDA-TANDA KEHAMILAN LUAR RAHIM..

1) pendarahan faraj yang tidak normal
2)  Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut

So, untuk ibu-ibu mengandung yang rasa-rasa ada tanda di atas ni, silalah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk dapatkan kepastian.  Sebab kalau tiub fallopian tu dah pecah, kite kena bedah tau.. Semoga Allah lingungi kita dan kurniakan zuriat yang solah solehah dan comel comelah.. :P

Semua maklumat tentang kehamilan luar rahim ni, saya baca dekat sini : kehamilan luar rahim
..Kawan2 boleh baca untuk dapatkan maklumat tambahan pasal ni..