RSS

~ my Priority ~

 
Keutamaan dalam hidup saya sekarang ialah seorang insan bergelar suami.. Dulu, sebelum kahwin, umi dan abah adalah my first priority.. Tapi bila dah pegang status isteri, suami adalah keutamaan isteri.. Walau apa pun, umi abah tetap yang pertama.. Suami kepentingan utama, TETAPI ibu bapa bukan kepentingan kedua.. 

Terima kasih untuk suami yang sabar melayan kerenah saya, sudi jadi kawan, musuh, sahabat,guru, anak murid saya.. Dan dia juga yang akan bimbing saya hingga syurga.. Tetiba rasa teringat zaman muda-mudi dulu,..haha.. Tak der la muda sangatt kan?? .. Mase masih di belasan tahun.. hehe.. Satu pesana untuk encik suami,, doakan saya jadi isteri solehah, doa supaya saya sabar layan kerenah awak, doakan jugak saya jadi ibu yang baik untuk anak-anak kite ney.. ^_^ .. Untuk pembaca, doakan kami hingga ke akhir hayat. 

Untuk umi dan abah, terima kasih sebab didik saya sehingga berjaya. Walaupun, kita bukan dari golongan yang berada, saya kagum dengan umi abah sebab mampu besarkan saya dan adik-adik sehingga kami berjaya. InsyaaAllah, saya akan akan balas jasa umi abah selagi nyawa masih di jasad. Umi tempat saya luahkan masalah. Sekarang umi xsihat, kesan pembedahan hari itu, masih belum sembuh.. Saya doakan umi cepat sembut..
Abah pulak sanggup bangun seawal jam 5 semata untuk mencari rezeki.. Masa kecik-kecik dulu, kami jarang dapat apa yang kami inginkan sebab mungkin abah simpan duit untuk pendidikan kami. Sekarang, bila dah besar, baru saya faham kenapa abah buat macam tu.. Saya tak pernah marah tetapi bersyukur sebab Allah kurniakan umi dan abah yang sangat baik. Walaupun kami jarang dapat apa yang kami  mahukan, kami tak pernah rasa sedih sebab kami tahu kehidupan keluarga kami.. Abah pergi Umrah sekarang!.. Yeaay!!.. Ade orang sponsor abah.. Abah pun xsangka dapat peluang macam ney.. Abah yakin dengan rezeki Allah, sebab tu Allah murahkan rezeki abah..

Saya harap sangat-sangat suami, umi dan abah sentiasa berada di bawah rahmat-Nya. Dijauhkan dari segala penyakit kerana saya tidak mampu teruskan hidup tanpa mereka. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Nak tengok tak orang-orang yang selalu bagi semangat, ketenangan dan sentiasa dengan saya masa suka dan duka?? .. Nahhhh..!! :)



pengantin lama.. :)



~ my priority after Allah and Rasulullah ~

Hantar abah kt KLIA


Umi dan nabila...


my priority.. Sayang awak! :D


ok.. Good Bye.. Nak pergi cari ilham untuk menulis lagi.. :) ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment